PENGENALAN HKSBP 39

 PENGENALAN

Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), secara umumnya bermatlamat untuk  mewujudkan peluang bagi pelajar-pelajar yang berpotensi mendapatkan pendidikan yang sempurna, teratur dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif. Di samping menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020, SBP juga sentiasa berusaha memberi pendidikan yang berkualiti, menyeluruh, berkesan dan seimbang dalam usaha melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang demi memartabatkan agama, bangsa dan kepimpinan negara pada masa depan. SBP merupakan wadah yang terbaik dan menjadi harapan sistem pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang memiliki kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme.

LATAR BELAKANG

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) adalah acara tahunan sejak tahun 1974 lagi. Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ia merupakan satu program kemuncak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan menjadi kebanggaan SBP kerana dapat menghimpunkan semua SBP bagi mempamerkan bakat dan kehebatan disamping perjumpaan yang berkonsepkan ukhwah di kalangan warga SBP.

Selaras dengan rasional di atas maka Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah memilih Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh(STAR IPOH)  sebagai tuan rumah dan pengelola utama bersama  bersama dengan The Malay College Kuala Kangsar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Sekolah Menengah Sains Tapah, Sekolah Menengan Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping dan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh sebagai pengelola bersama bagi program tahunan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Kali Ke-39 pada tahun 2012. Sesungguhnya, pemilihan Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan juga SBP di negeri Perak sebagai pengelola HKSBP Kali Ke-39, menjadi satu penghormatan khususnya kepada seluruh warga sekolah yang terlibat kerana telah sekian lama sekolah-sekolah ini  secara berterusan menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan negara sejak penubuhannya.

Berlangsungnya Hari Kecemerlangan Sekolah  Berasrama Penuh  2012 ini adalah untuk memberikan pengiktirafan terhadap pelbagai pencapaian dan kejayaan  warga SBP dalam pelbagai bidang pendidikan meliputi akademik, kokurikulum, inovasi, penyelidikan dan kepimpinan. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga SBP di samping menjadi suatu platfom kepada warganya untuk berinteraksi, bermuzakarah, mengasah bakat, menjana minda serta menimba pengalaman berharga menerusi pelbagai aktiviti yang telah  dirancang.

OBJEKTIF HKSBP                 

1. Memperkukuhkan pemuafakatan, hubungan silaturahim, persefahaman  dan kerjasama dalam kalangan warga SBP.

2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memupuk semangat kekitaan dalam usaha meningkatkan imej dan prestasi SBP.

3.Memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap kejayaan dan pencapaian cemerlang seluruh warga SBP dalam pelbagai aktiviti dan lapangan.

4. Mempraktis, menerap dan menggunakan sepenuhnya kemahiran yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi serta bakat yang ada melalui pertandingan bahas ala parlimen dan pertandingan bola keranjang serta persembahan kreatif  seni  dan budaya.

5.Menyediakan prasarana dan wadah untuk semua aktiviti pendidikan yang melibatkan perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian bidang kurikulum dan kokurikulum SBP.

 PENGISIAN HKSBP KE-39/2012

 Jenis Pertandingan:

Pertandingan Bahas

i.          Pertandingan Bahas Bahasa Melayu

ii.          Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris

Pertandingan Bola Keranjang

i.          Pertandingan Bola Keranjang Kategori Lelaki

ii.          Pertandingan Bola Keranjang Kategori Perempuan

 Piala Pusingan

(i)         Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Melayu (1974) iaitu Piala Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua

(ii)        Piala Pusingan untuk Bahas Bahasa Inggeris (1991) iaitu Piala Tun Dr Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Keempat

(iii)       Piala Pusingan untuk Bola Keranjang (Lelaki) 1974 iaitu Piala Tun Dato’ (Dr) Hj. Hamdan Sheikh Tahir, dan

(iv)       Piala Pusingan untuk Bola Keranjang (Perempuan) 1976 iaitu Piala Toh Puan Datin Hjh. Siti Zainab.

PIALA PUSINGAN BAHAS BAHASA MELAYU

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi acara tahunan dalam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh telah bermula semenjak tahun 1974 lagi. Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu yang merupakan Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Reka bentuk piala ini telah dihasilkan oleh Y.B. Datuk Baharuddin bin Kassim arkitek dari Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk Masjid Negara.

Pada bahagian atas piala ini terdapat 8 bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut–mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan melambangkan bulatan dunia dan diertikan luasnya pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.


PIALA PUSINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang pada awalnya dijalankan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan mulai tahun 1974. Walau bagaimanapun piala pusingan hanya disediakan untuk pemenang bahas Bahasa Melayu.

Apabila kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu telah bertapak dengan kukuh dalam sistem pendidikan negara, kerajaan merasakan penekanan terhadap Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu mengemukakan permohonan ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan mendapatkan sumbangan. Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada waktu itu bersetuju menyumbangkan sebuah piala pusingan yang sama dari segi reka bentuk dan saiz. Mulai tahun 1991, sebuah piala pusingan disediakan untuk pemenang Bahas Bahasa Inggeris.

PEMENANG BAHAS BAHASA MELAYU DAN BAHAS BAHASA INGGERIS 1974 – 2011

 

TAHUN

 

PEMENANG

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

1974

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH ALAM SHAHSEKOLAH TUN FATIMAH SEKOLAH SERI PUTERISEKOLAH ALAM SHAH

1975

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ ISLAM KLANGKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERISEKOLAH ALAM SHAH

1976

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ  ISLAM KLANGSMS KELANTAN SEKOLAH SERI PUTERISEKOLAH ALAM SHAH

1977

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ TUNKU KURSHIAHKOLEJ ISLAM KLANG SM SULTAN ABDUL HALIMSEKOLAH SERI PUTERI

1978

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ ISLAM KLANGSMS KELANTAN SM SULTAN ABDUL HALIMSEKOLAH SERI PUTERI

1979

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH TUN FATIMAHKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ ISLAM KLANGSMS SELANGOR

1980

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSARSEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SEKOLAH SERI PUTERISM SULTAN ABDUL HALIM

1981

JOHANNAIB JOHAN SM SULTAN ABDUL HALIMKOLEJ ISLAM KLANG SEKOLAH ALAM SHAHKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

1982

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAKKOLEJ TUNKU KURSHIAH SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

1983

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ ISLAM KLANGSMS JOHOR SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

1984

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH TUN FATIMAHSMS MACHANG SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSEKOLAH SERI PUTERI

1985

JOHANNAIB JOHAN SM AGAMA PERSEKUTUAN LABUSEKOLAH TUN FATIMAH SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAKKOLEJ TUNKU KURSHIAH

1986

JOHANNAIB JOHAN SM SULTAN ABDUL HALIMSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN SEKOLAH TUN FATIMAHKOLEJ TUNKU KURSHIAH

1987

JOHANNAIB JOHAN SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDDINSMS RAUB MAKTAB TENTERA DIRAJAKOLEJ TUNKU KURSHIAH

1988

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSEKOLAH ALAM SHAH SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANMAKTAB TENTERA DIRAJA

1989

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH ALAM SHAHSMS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KOLEJ TUNKU KURSHIAHMAKTAB TENTERA DIRAJA

1990

JOHANNAIB JOHAN SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDDINKOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH MAKTAB TENTERA DIRAJAKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

1991

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH ALAM SHAHSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN MAKTAB TENTERA DIRAJAKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

1992

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSARSEKOLAH ALAM SHAH KOLEJ TUNKU KURSHIAHSEKOLAH SERI PUTERI

1993

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSARSMS JOHOR KOLEJ TUNKU KURSHIAHMAKTAB TENTERA DIRAJA

1994

JOHANNAIB JOHAN SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDDINSEKOLAH SERI PUTERI KOLEJ TUNKU KURSHIAHSMS ULTAN HAJI AHMAD SHAH

1995

JOHANNAIB JOHAN SMS MUARSM SULTAN ABDUL HALIM KOLEJ TUNKU KURSHIAHMAKTAB TENTERA DIRAJA

 

TAHUN

 

PEMENANG

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

1996

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ TUNKU KURSHIAHMAKTAB TENTERA DI RAJA

1997

JOHANNAIB JOHAN SM SULTAN ABDUL HALIMSMS TELUK INTAN SEKOLAH TUN FATIMAHKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

1998

JOHANNAIB JOHAN SMS TELUK INTANKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SMS MUZAFFAR SHAHSEKOLAH TUN FATIMAH

1999

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSARSMS TELUK INTAN SEKOLAH TUN FATIMAHSM AGAMA PERSEKUTUAN LABU

2000

JOHANNAIB JOHAN SMS POKOK SENAKOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SM AGAMA PERSEKUTUAN LABUSM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG

2001

JOHANNAIB JOHAN SMS POKOK SENASMS TELUK INTAN MAKTAB TENTERA DIRAJASM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG

2002

JOHANNAIB JOHAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAHSMS TELUK INTAN KOLEJ TUNKU KURSHIAHSMS MUZAFFAR SHAH

2003

JOHANNAIB JOHAN SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANGSMS POKOK SENA KOLEJ TUNKU KURSHIAHSEKOLAH TUN FATIMAH

2004

JOHANNAIB JOHAN SMS POKOK SENASMS DUNGUN SMS KOTA TINGGIMAKTAB TENTERA DIRAJA

2005

JOHANNAIB JOHAN SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANGSMS SULTAN AHMAD SHAH, PEKAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAHMAKTAB TENTERA DIRAJA

2006

JOHANNAIB JOHAN SMS POKOK SENASMS SULTAN AHMAD SHAH, PEKAN SM SAINS SEREMBANMAKTAB TENTERA DIRAJA

2007

JOHANNAIB JOHAN SBP INTEGRASI GOMBAKSMS POKOK SENA SMS ALAM SHAHSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

2008

JOHANNAIB JOHAN SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANGSM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH SM SAINS KUALA SELANGORMAKTAB TENTERA DIRAJA

2009

JOHANNAIB JOHAN SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANGSM SAINS HULU SELANGOR SEKOLAH SERI PUTERISM SULTAN ABDUL HALIM

2010

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAKSBP INTEGRASI GOMBAK SEKOLAH SULTAN ALAM SHAHSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

2011

JOHANNAIB JOHAN SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSM SULTAN ABDUL HALIM KOLEJ TUNKU KURSHIAHSEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

2012

PIALA PUSINGAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

Pertandingan bola keranjang lelaki  antara Sekolah Berasrama Penuh mula diadakan pada tahun 1974 bagi merebut Piala Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir sementara pertandingan bola keranjang perempuan bermula pada tahun 1976 bagi merebut Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajar Melayu dalam permainan bola keranjang yang selama ini dipelopori oleh kaum-kaum lain. Selain itu, permainan ini agak agresif dan berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, di samping memerlukan semangat kerjasama sepasukan yang tinggi bagi memburu kemenangan.

Pada tahun 1990, piala pusingan yang pertama ini telah dihadiahkan terus kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (MCKK) dan Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur (SSP) kerana kedua-dua buah sekolah ini merupakan pasukan yang paling kerap menjuarai pertandingan sejak tahun 1975. Bermula tahun 1991, Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir dan Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab sekali lagi telah bermurah hati menganugerahkan sebuah piala pusingan baru untuk pertandingan berprestij ini. Piala yang menjadi lambang kehebatan pasukan yang berjaya menggondolnya sentiasa menjadi idaman dan rebutan setiap kontinjen yang bertanding.

SENARAI PEMENANG PIALA TUN DATO’ (DR) HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR DAN PIALA TOH PUAN DATIN HAJAH SITI ZAINAB

TAHUN

PEMENANG

PIALA TUN DATO’ (DR) HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR

PIALA TOH PUAN DATIN HAJAH SITI ZAINAB

1974

JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

1975

JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

1976

JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA SM SAINS SELANGOR

1977

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1978

JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1979

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1980

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1981

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA SEKOLAH SERI PUTERI

1982

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1983

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1984

JOHAN SM SAINS SELANGOR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH

1985

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1986

JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1987

JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1988

JOHAN SM SAINS SELANGOR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SEK. TUANKU ABDUL RAHMAN KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1989

JOHAN SM SAINS TENGKU ABDULLAH SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS SELANGOR SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

1990

JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN SM SAINS LABUAN KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1991

JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN SEKOLAH ALAM SHAH KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1992

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

TAHUN

PEMENANG

PIALA TUN DATO’ (DR) HAJI HAMDAN

SHEIKH TAHIR

PIALA TOH PUAN DATIN HAJAH SITI ZAINAB

1993

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH
NAIB JOHAN SEKOLAH ALAM SHAH SEKOLAH SERI PUTERI

1994

JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA KOLEJ TUNKU KURSHIAH
NAIB JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI

1995

JOHAN SEKOLAH ALAM SHAH KOLEJ TUNKU KURSHIAH
NAIB JOHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA SEKOLAH SERI PUTERI

1996

JOHAN SM SAINS TENGKU ABDULLAH KOLEJ TUNKU KURSHIAH
NAIB JOHAN SM SAINS DUNGUN SM SAINS SABAH

1997

JOHAN SM SAINS DUNGUN SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS LAHAD DATU KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2000

JOHAN SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS DUNGUN SM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH

2001

JOHAN SM SAINS DUNGUN SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS  KUALA SELANGOR KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2002

JOHAN SM SAINS SULTAN AHMAD SHAH SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS DUNGUN KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2003

JOHAN SM SAINS SULTAN AHMAD SHAH KOLEJ TUNKU KURSHIAH
NAIB JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SM SAINS SULTAN HJ. AHMAD SHAH

2004

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS SULTAN MAHMUD SM SAINS SABAH

2005

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SMSTENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2006

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SM SAINS MACHANG SEKOLAH TUN FATIMAH

2007

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN SM SAINS SEREMBAN SEKOLAH SERI PUTERI

2008

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN SM SAINS SULTAN MUZAFFAR SHAH SM SAINS SABAH

2009

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2010

JOHAN SM SAINS KUCHING SEKOLAH SERI PUTERI
NAIB JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SEKOLAH TUN FATIMAH

2011

JOHAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR SEKOLAH TUN FATIMAH
NAIB JOHAN SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SMS SULTAN MAHMUD

2012

JOHAN
NAIB JOHAN

PENGELOLAAN

HKSBP Ke-39, 2012 adalah unik kerana ia menunjukkan kesatuan diantara semua Sekolah Berasrama Penuh di negeri Perak. Pengelola Utama dan Tuan Rumah adalah Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan  6 buah SBP Perak  lagi menjadi penganjur bersama iaitu  The Malay College Kuala Kangsar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Sekolah Menengah Sains Tapah, Sekolah Menengan Sains Raja Tun Azlan Shah dan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Melalui nasihat dan panduan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan  (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia pengelolaan HKSBP ke 39 tahun 2012 bakal dilaksanakan dengan lancar.

TARIKH  PROGRAM

Tarikh yang dipilih untuk melaksanakan program ini ialah pada 25 Mei 2011 (Jumaat) hingga 29 Mei 2012 (Selasa). Tempoh program berlangsung adalah 5 hari.

TEMPAT PROGRAM

 Tempat program berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Perbahasan: Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  2. Perlawanan Bola Keranjang:

Gelanggang Bola Keranjang Tertutup Rapat Setia dan

Gelanggang Tertutup Bercham, Stadium Indera Mulia

  1. Majlis Perasmian HKSBP: Dewan STAR
  2. Malam Anugerah HKSBP: Dewan Banquet S.U.K
  3. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah: Stadium Indera Mulia

TEMA PROGRAM

”Transformasi ke arah Globalisasi”

MOTO

 ”Reaching the STARS”

PENYERTAAN

Kelayakan untuk wakil ke HKSBP Ke-39, 2012 bagi pertandingan bahas Piala Perdana Menteri adalah secara automatik untuk semua SBP. Manakala kelayakan pasukan bolakeranjang pula adalah berdasarkan kepada keputusan pertandingan bola keranjang SBP di peringkat zon masing-masing. Pasukan bola keranjang yang menjadi Johan dan Naib Johan setiap zon layak untuk menyertai kejohanan pusingan akhir.

Sebanyak 63 buah SBP dari seluruh negara termasuk pasukan jemputan dari Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur dijangka akan menyertai HKSBP kali ke-39 yang melibatkan hampir 2000 peserta termasuk pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai-pegawai Sektor  SBP, Pengetua-pengetua SBP dan keluarga masing-masing, guru-guru penolong kanan SBP, guru-guru, para pelajar dan pembantu program.

  Senarai Sekolah Berasrama Penuh Yang Menyertai HKSBP 2012

BIL

SEKOLAH

BIL

SEKOLAH

1

SMS TUANKU SYED PUTRA, PERLIS

19

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, SELANGOR

2

SM SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

20

SMS KUALA SELANGOR, SELANGOR

3

SMS POKOK SENA, KEDAH

21

SMS HULU SELANGOR, SELANGOR

4

SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA, KEDAH

22

SMAP KAJANG, SELANGOR

5

SBPI KUBANG PASU, KEDAH

23

SBPI GOMBAK, SELANGOR

6

SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN, P. PINANG

24

SBPI SABAK BERNAM, SELANGOR

7

SMS RAJA TUN AZLAN SHAH, PERAK

25

SBPI RAWANG, SELANGOR

8

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, PERAK

26

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

9

THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR, PERAK

27

SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA

10

SMS TELUK INTAN, PERAK

28

SMAP LABU, N. SEMBILAN

11

SBPI GOPENG, PERAK

29

KOLEJ TUNKU KURSHIAH, N. SEMBILAN

12

SMS KUBANG PASU, KEDAH

30

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, N. SEMBILAN

13

SMS KEPALA BATAS, PULAU PINANG

31

SMS TUANKU JA’AFAR, N. SEMBILAN

14

SMS BAGAN DATOH, PERAK

32

SMS TUANKU MUNAWIR

15

SMS TAPAH, PERAK

33

SBPI JEMPOL, N. SEMBILAN

16

SMS ALAM SHAH, K. LUMPUR

34

SMS MUZAFFAR SHAH, MELAKA

17

SMS SERI PUTERI, K. LUMPUR

35

SBPI SELANDAR, MELAKA

18

SMS SELANGOR, SELANGOR

36

SMS MUAR, JOHOR

BIL

SEKOLAH

BIL

SEKOLAH

37

SMS JOHOR, JOHOR

52

SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

38

SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR

53

SMS MACHANG, KELANTAN

39

SMS KOTA TINGGI, JOHOR

54

SMS PASIR PUTEH, KELANTAN

40

SMS SULTAN ISKANDAR, JOHOR

55

SMS SABAH, SABAH

41

SMS REMBAU, NEGERI SEMBILAN

56

SMS LABUAN, SABAH

42

SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN

57

SMS LAHAD DATU, SABAH

43

SMS TENGKU ABDULLAH, PAHANG

58

SMS KUCHING, SARAWAK

44

SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

59

SMS MIRI, SARAWAK

45

SBPI KUANTAN, PAHANG

60

SMS HULU TERENGGANU, TERENGGANU

46

SBPI TUN ABDUL RAZAK, PAHANG

61

SMS BANTING, SELANGOR

47

SBPI TEMERLOH, PAHANG

62

SMS SETIU, TERENGGANU

48

SMS SULTAN MAHMUD

63

SMS SEMBRONG, KLUANG JOHOR

49

SMS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

64

SMS BENTONG, PAHANG

50

SMS DUNGUN, TERENGGANU

65

MAKTAB TENTERA DIRAJA

51

SBPI BATU RAKIT, TERENGGANU